Tuesday, August 18, 2009

Salam Ukhuwah!!!

Salam 'alaikum...
Regards to all muslimin wal muslimat out there...
Alhamdulillah... kupanjatkan sepenuh kesyukuran ke atas Illahi
kerana dapat juga sy memulakan tinta hati, cinta yg tulus ikhlas,
hanya pada yang satu, yang Esa, iaitu Allah..
Tuhan yang memiliki seluruhya termasuk hati si penulis ini....

Sebenarnya dah lama sgt hati ni nak cuba untuk berdakwah,
pelbagai jalan, pelbagai ceramah dan kursus telah sy hadiri,
tp pastinya hatiku merintih hebat sekali, kerana sampai saat ini,
hati ini, diri ini cukup lemah untuk berdakwah...

Masih dirasakan, segala-galanya xcukup,
masih dirasakan iman di dada terlalu kurang,
sekecil2 zarah belum tahu ada...
Inikan pulak nk berdakwah pada org lain...

Tapi sy menguatkan hati..
Dan mengikut nasihat...
Sampai bila harus menunggu? Sampai mati?
Seperti yg selalu sy ingatkn diri dan rakan2 seperjuangan...
Mati itu pasti! Hidup??? InsyaALLAH...
Jadi sebelum ajal menjemput..lebih saya memulakannya...

Dan ini adalah satu jalan yg ingin sy cuba utk mengajak rakan2
mengigati Allah, MencintaiNya sepenuh Hati..
Merintih, menangis, memuja hanya kepadaNya...
Kerana itula jugak sy memulakan tinta hati ini...

Sy amat berharap dgn sokongan rakan2 perjuangan untuk meneruskan usaha ini...
Sy mewujudkan blog ini untuk terus mengingatkan hati sendiri utk menjauhi cinta dunia, terutamanya cinta manusia, dan berusaha untuk menggapai cinta Yang Maha Esa,
Cinta Illahi... Cinta duinia penuh dgn kepura-puraan dan kelalaian..
Terlalu ramai yang hanyut dalam cinta dunia..
Diriku sendiri pernah hanyut, dan untuk kembali, hatiku telah jenuh merintih xsudah..
Sakit, perit, kecewa... Itulah cinta dunia...
Kerna itu jugakla..sy ingin sekali mendapatkn sepenuhnya cinta yang kekal,
Cinta Illahi...

Harap semua mendapat sesuatu daripada...
Tinta Hati Si Pencinta Illahi...
Salam...

~Si Pencinta Illahi~

No comments:

Post a Comment