Thursday, October 22, 2009

SujudKu PadaMU

Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini

Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu

Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu

Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…


Hati hamba merasa hambar dan sunyi

Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati

Jiwa hamba kosong dan takkan berisi

Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui

Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…


Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari

Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI

Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari

Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi

Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…


Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni

Sujud dahi hamba mencecah ke bumi

Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI

Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi

Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…


Ya Rabbul Izzati…

Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??

Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri

Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani

Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …


Hamba amat mendambakan cinta dariMu

Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu

Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu

Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu

Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

Awasilah Nafsu Dalam Diri!

1. Nasfu Amarah
- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah
- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
- golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah
- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah
- adalah nafsu yang lemah lembut.
- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
- mereka adalah wali kecil.
- golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah
- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah
- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah
- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.

Monday, September 21, 2009

The MayoNnaise Jar and 2 Cups of CoFfEe

When things in your life seem , almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.

'Now,' said the professor, as the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls are the important things - family,
children, health, Friends, and Favorite passions ˆ
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, house, and car.

The sand is everything else --The small stuff.

'If you put the sand into the jar first,' He continued,
'there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So...

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

'Take care of the golf balls first --
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.'

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled.
'I'm glad you asked'.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

Please share this with other "Golf Balls" and friends

Tuesday, September 15, 2009

Siapakah kita? Khusyukkah solat kita?


Iman, awak cutikah?

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis…entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku .

Lawakkah???

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca cerita ini....
kalau lebih dua minit lagi baik....

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000
jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian
hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...lalu salah seorang
lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu".
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah
itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja
yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak
Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Imam mulakan sembahyang Jumaat".
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Sekian.

Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas???
Selain terhibur, anda fikirlahlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul
beriman... "

" Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi
bahaya...
kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa yang ditulis oleh
surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend ataugirlfriend berjam-jam
tapi nak berdoa kepadaALLAH, alahai..
tak cukup masa....

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang
berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi
dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.

Lawak kan??? Kenapa? Gelak tu kan realiti.
Tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain? berapa
banyak????

Wallahualam..

12 Barisan Manusia Menuju Ke-Akhirat (Adakah kita termasuk dlm golongan2 ini)

Barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.
Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :'mereka orang2 yg
Menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak
Berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
Maupun di akhirat'.firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg
Sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari
(memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaan Ku) , itulah balasan & tempat
Kembali mereka adalah neraka'

Barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
Datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
Hidup , sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari
Siksa kubur sebaliknya , mereka yg mengabaikan maka waktu dia
Mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang
rusuk.'
Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri
Untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
Bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa2 itu

Barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk kel dai & perut penuh ular
Serta kala jengking
'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun
Pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah
Balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka

Barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari
mulut
'mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual
Beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh
Datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu
Ketenteraman padang mahsyar 'mereka ini adalah orang yang menyembunyikan
Perlakuan derhaka , takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut
Kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka

Barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah &
Nanah dari mulut mereka
Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

Barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik , kepala kebawah &
kaki ke atas
Mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di
Neraka. Sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &
Wanita , melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'

Barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata
Biru , sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sepatutnya

Barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak &
dipenuhi kusta
Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta , gigi panjang seperti
Tanduk lembu jantan , bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga
Ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan
purnama
Mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari
Sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg
Beram al salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan
Derhaka , memelihara solat lima waktu , & meninggalkan dunia dalam keadaan
Bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah
Syurga , beroleh keampunan , kasih sayang & keredhaan Allah swt.'



BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
'Bacalah surah Yassin kerana IA mengandungi keberkatan' , iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, IA boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jo doh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
Dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
Meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
Penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
Hati Dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
Pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Apabila datang ajal orang yang suka
Membaca surah Yassin pada setiap Hari, turunlah beberapa malaikat
Berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya'.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 'Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama
yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa
neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja , malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia

RENUNG-2KAN & SELAMAT BERAMAL